Tarikh: 5 Mac 2011 / 30 Rabiulawal 1432H
Hari: Sabtu
Jam: 9.00- 11.00 pagi
Unit ini telah mengadakan majlis perpisahan bagi 2 orang pegawai Cawangan Tutong, iaitu Cikgu Maling Anak Lunyong yang akan bersara pada bulan Mei 2011 & Cikgu Ramli bin Mohd Said yang telah mendapat tawaran jawatan Guru Tingkat II.
Majlis diadakan di bilik Persidangan Ibu Pejabat yang dihadiri oleh ketua unit, pegawai & kakitangan Unit Penghapusan dari Kira-Kira dari seluruh daerah. Majlis dimulakan dengan Surah Al-Fatihah oleh Cikgu Hj Jabidi bin Hj Zainal, diikuti dengan ucapan ringkas daripada Ketua Unit Cikgu Salleh bin Hj Donglah, diikuti pula dengan ucapan daripada kedua-dua pegawai yang diraikan dan penyampaian cenderahati kenangan daripada warga Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Kementerian Pendidikan. Majlis diakhiri dengan doa selamat diketuai oleh Cikgu Haji Suhaili bin Ahmad dan seterusnya menikmati jamuan.
Warga Unit Penghapusan dari Kira-Kira sedang mendengarkan ucapan.
Cikgu Maling anak Lunyong memberikan ucapan.
Cikgu Ramli bin Mohd Said sedang memberikan ucapan.
Keadaan sepanjang majlis berlangsung.
Penyampaian cenderahati kepada Cikgu Maling anak Lunyung.
Penyampaian cenderahati kepada Cikgu Ramli bin Mohd Said.
Ketua Unit, Cikgu Salleh bin Hj Donglah memberikan ucapan.
Ketua Unit Penghapusan dari Kira-Kira Tutong, Cikgu Abdul Rahman bin Hj Hassan.
Cikgu Hj Suhaili bin Ahmad mengetuai bacaan doa.
3 kakitangan Unit Penghapusan dari Kira-Kira, Ibu Pejabat.
No comments:
Post a Comment